Akhirnya, setelah semalam bermasalah dengan
one of our housemate (aku pun tak tau apa masalah dorang nie), kami (
only Timoteus - Dutch and I - Malaysia: Mau juga menunjuk :P - yang 3 orang lagi tak jadik join sebab ada aktiviti masing-masing kononya) memulakan perjalanan.
Perjalanan dari
Canterbury ke
Greymouth (mengambil masa 4-5 jam) melalui
Arthur's Pass sangat lah menyenangkan mata memandang. Banyak permandangan yang kaw-kaw punya cantik sedia untuk dijamu oleh mata kalian. Pun begitu, perlu berhati-hati ketika menaiki dan menuruni kawasan gunung ganang yang indah itu. Saksikan sendiri perjalanan kami.
Grazing area for cattle's and sheep. Damn beautiful the sheeps! Gumuk(gemuk) sekali daripada yang ada di
Malaysia. Rasanya jenis biri-biri ini diternak untuk mendapatkan bulu dan daging (
lamb).

Itu dia pemandangan pertama yang menjanjikan sesuatu yang menarik bila berada di sana. Di mana tu? Teruskanlah membaca kerana kita belum sampai lagi ke destinasi yang hendak ditujui.

Jalannya seperti badan ular yang sedang bergeliat. Namun selesa untuk perjalanan jauh. Sesekali tersempak dengan penunggang basikal (
backpacker's). Mungkin suatu hari, mahu juga aku coba pengalaman berbasikal ke merentasi gunung ganang ni.

Nah kan... makin lama makin dekat dengan itu gunung. Tidak sabar ni ... mari teruskan lagi perjalanan ke sana.

Nah kami dah sampai ke
Arthur's Pass, yang merupakan sebahagian kawasan
Waimaikariri. Entah, kurang pasti pulak aku apa makna
Waimaikariri ni. Kamu tolong cari dalam kamus ya?

Ini lah kawasan gunung-ganang
Arthur's Pass ni. Boleh masuk dan
tramping (treking & camping) dalam masa yang sama. Kawasan ini diuruskan oleh
NZ Department of Conservation. Memang cantik dan sungguh menawan gunungan itu. Mahu saja ke sana, namun tidak berupaya kalau tidak bersedia dengan kelengkapan mendaki dan
tramping.

Kami meneruskan perjalanan ke
Greymouth. Ini dia kereta sewa kami, Nissan dengan harga ZN$25 untuk hari ini dan esoknya (Tanpa deposit). Kereta ini akan dikembalikan di
Greymouth dan tidak akan dibawa balik seperti mana-mana kereta sewa yang ada di
Malaysia. Ini dipanggil
Relocation. Bagus dan memudahkan penyewa kereta ini.

Sebelum sampai ke
Greymouth, kami ke kawasan
Franz Josef Glacier yang menjadi bahan
ecotourism di bahagian
West Cost South Island. Tiba-tiba saja cuaca berubah mendung dan hujan renyai.
Pitty for us sebab tak dapat tengok dengan lebih jelas permandangan glasier tersebut. Ini jalan masuk ke kawasan glasier berkenaan.

Papan tanda yang menerangkan keadaan glasier yang terjadi di kawasan hutan ini. Pada mulanya, glasier adalah sangat besar dan impak terhadap persekitaran sangat dinamik. Namun sekarang, hanya tinggal lebih kurang 25 peratus daripada yang asal.

Sebelum sampai ke kawasan glasier (
only if you're experiences with this kind of weather), kami melewati kawasan bukit yang menghasilkan air terjun yang menarik. banyak air terjun yang jatuh menjunam. Namun kerana terlalu sejuk, hanya ini saja yang dapat diambil.
The temperature probably 10-15 degree Celsius.
Itu dia glasier yang hanya dapat dilihat dalam jarak 500 meter. Tak boleh pergi jauh lagi kerana hujan semakin lebat. Kelihatan ada beberapa pendaki sedang mendaki glasier berkenaan. Tak sejuk kah mereka itu? Kami bergegas pulang menuju ke
Greymouth untuk berehat dan tidur di
Duke Backpackers & Bar dengan harga NZ$24.00 seorang -
sharing room of four people's. Sorry guy's tak sempat nak ambik gambar hostel tu, dah malam apabila kami dah sampai ke
Greymouth town - ala ala pekan
cowboy yang sunyi bila malam.

Esoknya kami ke
Punakaiki (West Cost) untuk melihat keadaan batu-batuan yang dipanggil pancakes ini. Unik betul keadaan batu-batuan tepi pantai ini. Mungkin terjadi lama dahulu. Bentuknya berlapis-lapis dan memang macam pancakes! yang warna bintik putih tu, paham-paham lah - taik si burung seagull.

Keadaan yang sama namun lebih cerah sedikit jika dibandingkan dengan warna batuan pancakes yang pertama tadi. Disini bersarangnya sang seagull dan keadaan adalah sangat bising - boleh pekak anak telinga korang.

Ini lagi unik. Bentuk batuan ini adalah menyerupai apa yang telah dilukis oleh seorang pelukis ekologi di sini. Macam
real!

Ini permandangan dari kawasan tinggi, tempat melihat
pancakes tadi. Campuran batu-batuan dan tumbuhan menghijau sangat memukau pandangan mata.
We continued our journey by track follows the Pororari River upstream into the Paparoa National Park. Di sini boleh nampak orang berkayak dan tramping 2 ke 3 malam. Memang dibenarkan oleh pihak pengurusan taman negara ini.

Keadaan macam di hutan
Amazon pun ada. Sekilas pandang,
the complexity of the species abundance in this forest was still rich and divers. Sedikit persamaan dengan hutan di
Malaysia, ada beberapa pokok pakis gajah yang tumbuh merata.

Setelah mengembalikan kereta sewa, kami meneruskan perjalanan pulang dengan menaiki keretapi (
Greymouth ke
Christchurch NZ$124.00). Mahal woo! Tapi berbaloi kerana disajikan pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan nanti.

Nah, singgah lagi di
Arthur's Pass. Sempat ambik gambar sendiri kerana tiada orang tolong ambilkan! Memang sepanjang perjalanan balik ke
Christchurch (yang memakan masa 5 jam) memukau pandangan mata dan banyak benda yang menarik untuk disaksikan. Sayangnya, keadaan dalam train tidak menyenangkan untuk mengambil gambar. Ini disebabkan oleh
reflection yang berlaku sekiranya anda mengambil gambar.
Kami sampai ke Christchurch pada jam 6.15 petang, and straight back to campus. Thats how our journey return Christchurch to Greymouth.